Tuesday, June 16

satu lagi....

Tak tahu kenapa periksa kali ini banyak markah yang kurang satu. Tak kisah la...lagi satu nak A1 ke, lagi satu nak A2 ke, lagi satu nak lulus ke, tapi lagi satu. Dapat je kertas periksa masing2 check markah.....

Harapan yang selalu diimpikan:

Cikgu tersilap tanda

Tertinggal markah

dan favourite sume orang jadi ah long....

minta tambah markah.....



macam-macam drama boleh tengok....

merayu kat ustaz sampai depan pintu bilik guru....

cari satu2 sampai 10 kali, suruh kawan carikan.....

untuk cari lagi satu.......



Kalaulah waktu periksa buat tak careless.

mesti dapat lagi satu......

kalaulah waktu periksa baca soalan betul2,

mesti dapat lagi satu....


tapi kaaan, kalau lah ada kalau..semua orang pun boleh dapat seratus kan..so, jangan hidup dalam seribu penyesalan, tapi hiduplah dengan seribu keazaman (dapat semangat sikit-sikit lepas kena basuh dengan cikgu sapinah..)

haha, sekian terima kasih

Saturday, May 30

Last JPA ??


Last JPA........gembira, sedih, kelakar, bahagia. semua ada..........

Uli2..macam2 air tangan ade..


havoc..nak campur ape dulu??

cocok2.....

makan2...




Don't judge a roti with its warna kulit.....
Terima Kasih kepada semua banat ikhwanul 15 dan ahli kumpulan yang sentiasa bersemangat.....
# Geng bakar..
esah,asma athirah,ira,ecot,zu,nah,sarah, dj, afikah k, afikah s
#Geng uli, cocok& tabur2 gula...
asma S, kill, ili, fiza, mai, insyirah
walupun sebegitu sekali rupanya hasil roti kami......tapi sedaaaaap
tambah2 lagi bila minum air epal guna mangkuk....laaaazaaat.

sape2 yg tak tesebot name sila memberitahu

Thursday, May 28

pelik

pelik kan bila dekat dunia ni ada jugak manusia yang cakap dunia ni tak adil.lebih teruk lagi, ada juga yang boleh cakap smpai tuhan tak adil.pelik kan...orang-orang macam ni mungkin jenis yang tak boleh nak mengaku kebodohan diri.bayangkan lah..bila kahwin, bercerai, bukak bisnes, bankrap, terus muflis, lpas tu boleh pulak salahkan tuhan. padahal diri sendiri yang tak reti nak uruskan diri sendiri. tuhan teramatlah adil bagi pilihan tak terkecuali dekat semua hambaNya.semua orang dapat pilihan nak buat itu atau buat ini.dah kalau kita bankrap ke muflis ke, salah diri sendiri laa.mungkin banyak sangat rasuah? penyelewengaaan dan sebagainya.itu yang duit tak berkat sampai jadi papa kedana.dan selepas dah jadi macam tu, mula lah nak cari apa2 untuk disalahkan. pelik kan bila tuhan pulak yang dipersalahkan.sedangkan yang bagi kita upaya untuk hidup, yang bagi kita udara untuk bernafas, yang alirkan darah dalam badan kita, yg menggerakkan tangan kita, semua Allah.
dahsyat kan manusia-manusia ni.tersimpang jauh dari erti syukur..ada pulak lagi tuh, lepas dah stress hidup banyak masalah, lepas dah salahkan segala-galanya, mula lah rasa tak puas lagi.pasang tali dekat leher.jerut diri sendiri.tak pun pergi air terjun tinggi-tinggi skit, lepas tu buat aksi terjun berani mati.nauzubillah.mati kosong.mati katak. sedar tak sebenarnya, nyawa kita cuma pinjaman.siapa kita untuk sesuka hati buang nikmat itu.sentiasa lah beringat.tuhan sentiasa bagi kita pilihan sama ada nak pilih jalan baik atau jalan buruk.dan kalau kita pilih jalan buruk, buruk lah jawapannya.sapa suruh pilih jalan tu?

Wednesday, April 29

Bukan kebetulan

Kenapa bila kita jadi budak tadika kita rasa macam nak jadi budak sekolah rendah? Tapi bila dah jadi budak sekolah menengah nak kembali ke zaman tadika. Sentosa jer hidup. tapi, nanti bila dah lagi besar dah kerja ker, dah ada anak ker, nak jadi budak sekolah menengah balik. Sebab tekanan hidup ker? Atau sebab tidak bersyukur dengan kehidupan? Atau rindu kenangan-kenangan bahagia? Suka hati lah nak pilih yang mana. Hakikatnya semuanya kita kena lalui.

*****
Ada satu hari tuh hati rasa geram, marah, gundah gulana..... serba x kena, marah kat ada orang.. haha(serius). Dengan hati yang sebegitu rasa berjalanlah ke satu tempat untuk menunggu ke destinasi yang ingin dituju...tiba-tiba ada kereta reverse untuk parking. Ada sticker lekat kat blakang kereta dia.(The solution is back to Quran) hati tadi rasa macam kebetulan jer....lepas tu teruskan perjalanan.....dalam perjalanan terdengar ada ustaz bercerita dekat corong radio "Semua benda kat dunia ni, milik Allah. Maknanya kalau kita tak dapat sesuatu atau jadi sesuatu yang buruk kat kita ker, benda yang kita tak suka ker, semua tu milik Allah. Allah yang berkuasa nak tarik balik. Hatta kita pon milik Allah." So, kita siapa nak persoalkan?
Hati tu rasa....Allah memng nak tunjukkan sesuatu kat dia. Hati tu terus rasa dia tak patut rasa macam tadi tuh. Sebab rasa gembira ker bahagia ker tu semua milik Allah. Suka hati lah bila Allah nak tarik. Orang yang hati tu marah tu pun milik Allah. Maknanya hati tu tak berhak rasa semua tu. Sekarang hati tu dah tenang mungkin.

Sunday, April 12

Tak Faham??

SOSIOLOGI

Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat).
Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih
proses sosial sejagat.

ANTROPOLOGI

Antropologi merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam.


PSIKOLOGI

Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.

LINGUISTIK
Kajian saintifik tentang bahasa manusia.



***bosan?? mintak maaf. tapi sebenarnye macam menarik ..... kalau minat boleh ambil sains sosial..(rasanya la) lepas dapat keputusan yang cemerlang nanti.....[terpengaruh dengan 'buku panduan kemasukan ke institusi pengajian tinggi'.....]
(sumber: wikipedia)





Saturday, April 4

Kenapa cekodok??

Mungkin ada yang tertanya-tanya dan mungkin juga ada yang tidak..

Kenapa?
1. Sangaaaaaat sedaaaap
2. comel
3. membahagiakan
4.menikmatkan
5.mengiurkan

Kepada?
1. Kalau geram
(kita tak boleh cakap benda yang tak elok so, cakaplah cekodok)
2.kepada benda atau kawan atau orang yang disayangi atau comel (haha)

Bagaimana?
1.Pelik cket
2. Tepung, Bawang merah, ikan bilis, kentang
3. Blend bawang dengan ikan bilis
4.Kentang potong dadu
5. campur semua dengan air cket
6.dengan bubuh secret recipe

Waktu?
1. Setiap hari
2.Kalau semua bahan ada
3.Kalau ada orang yang teringin sangat-sangat

Konklusi?
1.Asek kena gelak dengan YamBee sebab tu cucur sebenarnya tapi nak panggil cekodok juga
2.Sape yang penah rase je yang tahu ketakjuban rasanya
3.Sorry kat sesiapa yang dipanggil sebegitu walaupun redha
4.Kalau nak tahu betul-betul punya resipi tanyalah bila-bila nanti...

Friday, April 3

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah:216 ]